Tuesday, September 1, 2009

~secarit kata~

Hari ni bukan hari pertama aku berpuasa tapi hari yang kesebelas aku berpuasa sebagai umat islam. Thank you Allah, because KAU pilih aku sebagai umat MU dalam menunaikan kewajipan ini, walaupun aku sedar aku bukan lah manusia yang sempurna. Aku tahu aku sering melakukan kesilapan sehingga lalai dengan perintah MU. Tapi jauh disudut hati ku,YA ALLAH aku ingin menjadi manusia yang suci di sisi MU seperti sesuci siti Khadijah dan siti fatimah. Pagi ni aku sahur dengan nasi, buat pertama kalinya aku bersahur dengan nasi setelah sebelas hari aku berpuasa. Itu pun nasi yang akmar bawa dari rumah. Semalam dia balik umah dan kira-kira kul 12.05 am dia sampai bilik dengan muke keletihan yang teramat sangat. Sian akmar... Ada kawan buat jahat kat dia... Biasa lah kan orang baik selalu ada orang amik kesempatan kat dia. Terasa sangat bulan puasa kali ini sangat bermakna buat aku, setiap pagi ada sahaja call dari abang kejutkan aku bangun sahur.. Walaupun suara busuk-busuk dia tetap akan kejut aku... Terasa semakin dekat hati ini dengan dia, terasa makin terisi kekosongan di hati ini. Dia memang pandai mengubat kelukaan yang dia sendiri reka. Cuma aku harap tak kan ada lagi kelukaan dihati ini. Satu doa aku dengan dia di bulan yang indah ini, cepatkan lah jodoh kami. Capaikan lah segala keinginan kami untuk bersama dalam meniti usia yang meningkat ini. Sempurnakan lah kehidupan kami untuk melengkapi hak asasi manusia. Akmar, akan gembira dapat roomate macam awak. You know y? Because akak rase dekat sangat jiwa awak dengan jiwa akak. Kita mampu kongsi banyak benda. Walaupun perkenalan kite hanya secalit masa tapi akak rase akhirnya akak ada roomate yang boleh dibanggakan. Akak akan sentiasa doakan kebahagian awak dengan nik. Bimbing lah nik kejalan yang benar seperti mana awak bimbing hati dan naluri awak. Biar kita seperti manusia biasa tapi dalam dada kita penuh dengan ilmu agama. Ilmu ini tak perlu ditunjukkan dengan semua orang, memiliki ilmu didada bukan untuk dibanggakan. Biarlah seteruk mana orang mengata kita, tapi kita tahu siapa kita. Tak guna kalau bertudung litup, berjubah bagai nak rak, menutup segalanya tetapi mempunyai hati yang sangat kotor. Sehingga ada kalanya mencaritkan hati dan perasaan orang lain. Itu lebih teruk dan lebih jahat dari manusia yang mempunyai keterampilan biasa seperti aku. Aku hanya manusia biasa yang sentiasa dalam kekurangan tapi aku akan berusaha untuk melengkapi kehidupan aku bersama suami dan keluarga tersayang aku kelak. Aku ingin meniti hari yang bahagia bersama bimbingan suami ku kelak.

No comments: