Saturday, September 5, 2009

~SeBaRIs KaTA~



Teringin aku untuk melangkah pergi dari dunia ku yang sebenar untuk jauh dari medan kesepian ini yang senantiasa menganggu aku, tapi mengapa kaki ini terlalu berat untuk melangkah meninggalkan semuanya? Aku tak mampu untuk tanggung segalanya sendirian, "sayap kanan ku" hampir lumpuh dek kerana luka yang terlalu banyak untuk terus menahan kesedihan ini. Aku benar-benar memerlukan "sayap kiri ku", tapi aku tidak mengetahui ke mana hilangnya "sayap kiri ku". Atau sememangnya aku diciptakan tanpa memiliki "sayap kiri"?
Seandainya memang takdir bahawa aku tidak dapat memperolehi "sayap kiri ku" adakah aku masih tegar berdiri di sini atau takat ini saja hayat aku? Aku sedar aku tidak mampu terbang tinggi tanpa "sayap kiri ku", namun apa yang harus aku lakukan agar aku dapat memperolehi "sayap kiri ku". Adakah tegar orang lain merampas "sayap kiri ku" dari pemilik yang sebenar? Mampu kah "sayap kanan" ini menahan dan menerima satu kenyataan atas kehilangan "sayap kiri" ini?
Tuhan pulangkan kembali "sayap kiri ku" kerana aku benar-benar lemah tanpanya. Hanya pada MU tempat aku mengadu kehilangan ini, berikan lah aku semangat baru jika KAU takdirkan bahawa aku memang akan kehilangannya. Berikan nur kepada aku supaya tegar menerima satu hakikat yang aku sendiri tidak ketahui...

No comments: