Tuesday, September 29, 2009

~PeRmerGiAn~

Aku redha dengan pemergian mu…


Syawal kali ini ternyata membawa seribu kenangan pada aku. Ada kisah yang gembira dan tidak kurang juga dengan kisah yang duka. Tapi pada kali ini aku ingin coretkan kisah duka atas pemergian seorang insan yang bernama MOHD IZZAT BIN ISHAK. Arwah ini baru sahaja berusia 14 tahun, namun dia lebih disayangi oleh ALLAH. Arwah telah meninggal pada syawal yang ke lapan pada jam 1.53 pagi. Begitu muda usia beliau meninggalkan duniawi ini dan ternyata ALLAH itu sentiasa menepati janjiNYA. Doctor yang merawat beliau telah mengesahkan bahawa beliau menghidapi penyakit kanser usus, dan beliau telah mengikut kimoterapi kali ke lima ini. Mengikut MAK SU, kimo kali ini adalah merupakan kimo yang paling teruk arwah hadapi. Kalau sebelum ini, tika aku dan mak datang melawat beliau, beliau masih tegar untuk menguntumkan senyuman. Namun kali ini kedatangan kami hanya satu jenazah yang kaku di depan mata aku sendiri. Terdiam sepi aku tanpa kata-kata, hanya air mata yang mengalir melihat jasad arwah di depan mata. Begitu sayang sekali seorang kaum nabi Adam telah pergi meninggalkan kita di duniawi ini tanpa sempat untuk membalas jasa baik bonda dan ayahnda. Tidak pernah terlintas di fikiran ku bahawa dia akan pergi dulu sebelum aku. Bagi mak su raya kali ni cukup menghayat hati beliau. Mana tidaknya, anak lelaki tunggal keluarga telah pergi menghadap Ilahi. Namun jauh disudut hati aku, terdetik satu perasaan bersyukur atas pemergian arwah. Bukan kerana membenci, tapi kerana aku sudah tidak sanggup melihat penderitaan yang beliau hadapi. Bayangkan lah tubuh kecil itu terpaksa berhadapan dengan penyakit ini. Begitu tabah beliau mengahrunginya. Tika kita sedang enak menikmati hidangan juadah hari raya dengan kuih muih yang bermacam serta hidangan air yang menyelerakan, arwah hanya mampu terbaring sayu melihat manusia dikelilingnya. Segala isi kandungan badan beliau temasuk usus, tekak, saluran pemakanan, usus dan banyak lagi telah hancur terbakar dek kerana kesan kimoterapi kali ke lima ini. Bayangkan lah keperitan anak kecil ini tanggung, ada baiknya ALLAH panggil di terlebih dahulu kerana begitu perit beliau hendak meneruskan kehidupannya. Namun aku bersyukur aku banyak kali dapat mendampingi beliau ketika hayatnya masih ada. Dan kenangan yang masih segar dalam kotak pemikiran ku adalah saat bersama beliau memberikan kata perangsang ketika arwah selesai membuat kimo kali kedua. Dan ketika itu kami asyik membincangkan mengenai MYSPACE masing-masing. Apa yang aku mampu buat kini adalah meredhakan pemergian arwah. Semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Al fatihah…..


Sunday, September 13, 2009

~sILenT~

….Kisah Blog

Kenape dan sejak bile aku mula mengemari salah satu media baru ini??? Tanpa aku sedari aku semakin menjadi giler sehingga aku turut membuat satu blog untuk diri aku sendiri. Pada mulanya, aku rase blog nie macam tempat orang nak mengumpat. Tapi rupanya aku silap, blog ini juga tempat untuk kita berkongsi maklumat. Dengan sikap semula jadi aku yang giler dengan bahan bacaan tak kesah lah pasal ape, membuat aku suka untuk explore blog orang lain. Bace pasal kesah hidup diarang yang silih berganti untuk dijadikan pengajaran selain memikirkan kelainan kehidupan sebagai manusia. Banyak kisah yang boleh kita kongsi kat blog nie, same lah macam aku. Aku pun suka tulis blog,sebab aku rase blog nie macam diari aku. Tapi bukan lah diari yang terlalu personal, macam-macam kisah aku boleh tulis termasuk lah kisah peribadi aku. Tujuan aku buat blog ni adalah untuk mengurang sedikit perasaan yang gusar pada sesuatu benda. Macam aku belajar dalam blog nie, serba sedikit telah membuka minda aku yang kian cetek ni. Dan yang paling aku suka pasal blog ini ialah shopping… aku boley beli apa sahaja dengan blog nie, just search sahaja… hehehehehe mudah kan…. Aku nak maintainkan blog ni sampai anak-anak aku boley bace…

No ComMenT~

Cinta

Apa yang korang akan buat kalau pasangan kekasih korang adalah berlainan agama??? Aku tertarik untuk menulis lakaran ini, bile ada satu kisah yang berlaku depan mate aku. Kiterang ni bukan dah lame sangat pun kenal, rasenya belum sampai dua bulan.. OPpPpPpPsSsSsSs sebelum tue aku nak cakap ini bukan kisah percintaan aku, ini kisah percintaan seorang Insan. Siapa dia? Biar lah Ia menjadi satu rahsia bagi aku… Ok kiter panggil kekasih perempuan sebagai Mrs A than kekasih lelakinya kita panggil Mr N. Kisahnya begini, mase aku mula-mula kenal mrs A aku tengok dia macam ok jerk, boley layanlah gak kepala dia. Em cume ada beberapa lah benda yang aku kurang senang pasal dia, tapi aku pikir mungkin masih baru belum serasi sangat… so aku pun biarkan lah dulu, so citer yang sekarang ni yang aku nak sangat citer kan ialah kisah percintaan beliau. Kekasih mrs A bukan lah dari agama yang sama. Maksudnya di sini Mrs A tue orang islam, than Mr N tue mix chindian. Nak dijadikan cerita, mereka pun bercinta bagai nak rak gitu hehehehehe Mr N selalu cakap yang di nak convert kepada Islam. Tapi bile???Menurut Mrs A dia cakap Mr N nak convert biler lepas keje… lepas keje??? Aku pun mula terpikir, lepas keje lama lagi la maksudnye ekkk… skang belajar pun baru 2nd year, emm itu aku tak kesah sangat… yang membuat aku terpikir sangat-sangat pasal dia ni adalah mengenai peristiwa semalam. Tetiba jek Mrs A cakap yang Mr N gie ‘gereja’, aku dah mula terpikir bila dia cakap macam tue. Apa yang aku terpikir? Kalau betul dia nak convert Islam, dia sepatutnye dah kurangkan kegiatan dia gie tempat tue… Tapi kita tak tau kan mungkin sukar bagi dia nak buat, mungkin dia tengah buat slow-slow… emmm harap-harap macam tue. Yang Mrs A pula ni, hot temper sikit… cepat jerk nak naik angin, tak boley orang cakap sikit… mula lah dia nak mara… aku dah lah takot ngan orang macam ni…. Lagi satu apa yang aku perhatikan Mrs A ni, memang sorang yang terlalu bergantung pada orang. And you know what, kalau sebut pasal asment jerk mesti orang lain yang buat. Kadang kala aku terpikir gak, gaya dia ni tak sepatutnya ada pada seorang mahasisiwa. Aku sendiri pun tak tau lah dah baper kali aku tolong buatkan dia asmet pasal blog dia, yelah kan mula-mula macam tolong lah sikit… Sebab dia selalu cakap yang dia tak tau pasal paper pasal blog nie. Yang aku plak BAIK HATI sangat nak tolong dia (aku kan giler blog)… Nie semalam dia cakap nak buat asment pasal kemerdekaan dengan asement media baru, aku dah agak dah mesti aku yang kena buat… Aku dengan laju pun cakap “akak ada test isnin nie, tolong sikit-sikit ley lah”… Aku ada gak suro dia bace dulu aper yang awak nak tulis kat blog tue nanti, macam buat rumusan ke, boley dia cakap dia tak reti nak buat semua benda nie dia nak gak tunggu aku emmm. Ok kiter berbalik dengan kisah cinta meraka ek… lepas jerk aku bagi nasihat sikit kat dia pasal hubungan diarang, dia terus nak gie jumpa Mr N…Tapi sebelum tue kan, adalah dia chating dengan abang angkat dia, abang angkat dia ni cakap lah yang Mrs A nie pun satu hari nanti akan gie ‘gereja’ jugak… Korang paham tak ape maksud abang angkat dia cakap macam tue? Ok biar aku terangkan, maksud abang angkat Mrs A ini ialah Mrs A yang akan convert kepada agama Mr N… Harap-harap tak lah kan… Dijauhkan…. Bila abang angkat dia cakap macam tue dia terus jerk naik angin… haduih…. Bile Mr N balik jerk dari ‘gereja’ dia terus turun gie jumpa Mr N, Mrs A kate dia tak ley simpan lama-lama benda ni.. Aku malas nak campur, biarkan lah dia gie jumpa Mr N nie, sekurang-kurangnya dia akan dapat jawapan yang tepat untuk diri dia… Naik jerk bilik, aku senyap, tak cakap paper pun… Tengah focus pada benda yang aku belajar nie… Malas nak tanyer itu dan ini, dan dia pun senyap… Ok lah tue kot, tapi jauh di hati aku, aku tau dia bengang ngan aku sebab aku bagi nasihat yang aku suro Mrs A bimbing Mr N dengan lebih serius lagi. Aku pulak gie lembik mulut cakap macam tue.. Tapi salah aku ke biler dia sendiri yang tanyer nak buat macam mane, than aku pun bagi lah pendapat kenape dia nak mara plak… entah lah… mood dia tak baik kot… aku akan up date cerita ni bile dia ada story kat aku kalau dia ada cerita apa yang terjadi antara Mrs A dan Mr N malam semalam k…

~KaD GhaYe~


Kad raye

Cakap pasal kad raye nie aku teringat satu citer yang baru saje berlaku…. Cerita begini, satu malam tue lepas aku gie solat terawih kat surau bawah tue, aku pun belek-belek lah semua kad raye yang aku baru jerk beli tengahhari tadi. Aku pun mula lah berpikir, em nak bagi yang mana satu untuk kawan-kawan aku kan… Untuk abang ngan family kat kampong kompem aku beli yang lain kan… Dalam aku sibuk berfikir dengan bersungguh-sungguhnya,tetiba aku tedengar suara.

Insan bersuara : “Emm nak hantar kad raye kat kawan kiter kat oversea la kak aien…”

Aku : “ dah tue hantar lah.. Bukan selalu pun kiter hantar kad raye macam ni kan…”

Insan bersuara: “ tapi kita tak reti nak hantar macam mane”

Mula-mula aku ingat dia cakap tak tau hantar tue sebab dia tak tau alamat frenz dia yang kat oversea tue, tapi rupanye anggapan aku salah…

Aku : “tak tau ape? Alamat dia ker? Mintak lah kat dia..”

Insan bersuara : “bukan alamat dia lah… tapi tak tau nak post kad raye tue macam mane… kiter tak pernah pos surat… selalu mama yang pos, kiter tunggu dalam kete jerk.. malas nak amik tau”

Aku cume tersenyum jerk… dalam aku tersenyum tue aku terpikir macam lah perjalanan hidup insan bersuara nie. Sampai pos surat pun tak tau… Sangat dasyat lah pada aku… yelah kan, kalau di pikir secara logic, bukan susah sangat pun pos surat tue. Gie beli kad raye, than bubuh setem kat sampul surat dia, pastu tulis lah alamat tempat yang kietr nak hantar surat tue, pastu masuk dalam tong dia ikut tempat kiter nak pos, luar Negara atau tempatan. Nak cakap kena jalan kaki gie post office yang menyebabkan dia tak tau nak pos surat, tak mungkin sebab dia ada kete dah… Entah lah… Mungkin insan bersuara nie terlalu bergantung pada orang sampai macam nie sekali jadinya.. Kalau tak tau nak guna internet tu aku ley lah terima lagi sebab benda nie teknologi baru (baru ke?? Rase budak sekolah rendah pun dah kencang main internet), tapi nie pos surat jerk…. Cara tradisi sebelum wujudnye teknologi seperti sekarang ni. Aku pun terpikir, agak-agaknye kan macam mane lah kalau dia dah kawin esok, suami lak suro tolong bayarkan bil air, bil api, bil internet, bil astro, dan macam-macam bil kat post office…. Korang agak-agak kan ape lah yang insan bersuara ni buat??? Aku karap dia dah matang ketika suami dia suro tu… Dia kena belajar benda nie, walaupun kadang kala kiter rase benda nie remeh… Kalau dia tak nak belajar mati lah dia, kalau keje nanti… emmm =)