Sunday, November 15, 2009

TuNjANg~~~

Tunjang Sa’adah~~~


Cerita cerekarama malam nie yang aku tonton seorang diri. Agak sedih jugak cerita ini. Aku suka watak yang dibawa oleh Rozita Che Wan tue. Senang cakap aku memang suka lah pelakon nie. Kenapa? Dia sangat cantik bagi aku, muke dia bersih. Emm yea… mungkin sebab mekap. Tapi bagi aku kalau dia tak bersolek pun dia tetap cantik. Body dia tak payah cakap lah solid beb… Aku nak body macam dia satu hari nanti. Insyaallah… Berbalik pada cerita tadi ekk, cerita nya agak sedey. Dia berkahwin dengan majikannya yang baru sahaja kematian isteri tersayang. Perkahwinan majikan dan Sa’adah adalah demi seorang anak kecil yang bernama Aliff. Hanya Sa’adah yang pandai menjaga Aliff dan segala urusan rumah dia pandai buat. Dah lah cantik, pandai pulak uruskan rumah dan suami. Emmm… Bagi Sa’adah, suami adalah segalanya tapi tak sangka pulak niat disebalik hati suaminya. Suami beliau hanya menganggap beliau penjaga kepada anak dan ibu beliau sahaja. Lelaki kan~~~ no komen lah kan, mungkin kerana suami beliau terlalu sayangkan wife dia yang pertama sehingga sanggup perpakat dengan ‘beloved agent insurance’ dia nak lari ke oversea dengan duit insurance wife yang pertama. Siapa ‘beloved agent insurance’? ha nak tau siapa dia, watak tersebut dia bawa oleh Irma. Alah awek si Nabil tue. Dalam cerita ni, Irma pun cantik jugak. Kelakar pun ada si Irma dalam cerita ni, tapi dia baik pada penghujung cerita nie. Si Irma ni lah yang menjadi pasangan kepada si suami yang dilakonkan oleh Norman Hakim untuk lari ke oversea dan meninggalkan segala tanggungjawab kepada si Sa’adah untuk menjaga anak dan juga mak dia. Dalam cerita ni jugak ada kakak ipar yang sangat jahat pada aku. Nak duit duit duit$$$$$$$$ dah lah semua harta Sa’adah dia dah suro laki dia amik iaitu abang along kepada Sa’adah. Aku tak pasti siapa yang melakonkan watak tersebut…. Kakak ipar Sa’adah jugak lah yang telah membunuh laki Sa’adah dengan mematikan suis oksigen beliau setelah koma akibat jatuh terpijak ‘walkie talkie’ si Aliff. Dan ketika itu lah si Irma menceritakan segalanya kepada Sa’adah yang hakikatnya si Norman tue dah jatuh cinta dengan Sa’adah dan sukar untuk terima hakikat. Apa yang sedih bagi aku dalam cerita nie satu jer “susah kalau otak orang gaji nie, tak reti nak hormat barang orang lain”. Itulah ayat yang diucapkan oleh Norman dalam cerita ini, kalau aku dah lama rasanya tersentap jantung di hati. Ini semua terjadi sebab si Norman tue ingat Sa’adah tue pakai kain batik milik arwah isteri dia, sedangkan kain batik tue Sa’adah beli sendiri. Manusia… Manusia… Kadang-kadang kalau kita sayang sangat kat seseorang tue pun payah kan? Apa pengajaran yang boley di ambil dari cerita ini ialah sayang seseorang itu dengan berpada-pada dan jika orang yang kita tue dah pergi meninggalkan kita dan di saat itu kita rindukan dia adalah lebih baik jika kita bacakan surah Yassin dan surah Al-Fatihah untuk dia. Aminnn~~~~~~


SEsUCi CInTA Mu


Cinta sesuci nur amina~~~





Suci dan tulus benar rasanya cinta Nur Amina terhadap Adam dalam cerita Nur Kasih… Aku baru jerk selesai menonton cerita tersebut, memang aku tak pernah miss walau sekali pun. Yelah lagi pun kan sekarang dah boley tengok cara online.. Tue yang best tue… Thank you TV3… Jahat lah si Sarah giler tue~~ isyhhhh geram tul tengok muke dia, dah lah busuk hati. Sajer jerk nak rosakkan kebahagian kakak dia sendiri, even si Nur tue bukan kakak kandung dia sendiri (lain mak sama bapak) tapi jangan lah sampai nak rosakkan kebahagian orang lain. Watak si Nur dalam cerita ni sangat lah kental, dulu di duga dengan kehadiran madu dia… Sape ekk name dia emm Katrina kalau tak silap aku, skang episode kali plak di duga dengan Adam yang hamper mati di Hotel Taj Mahal di Mumbai. Emmm NUR… NUR… Tabahnya dirimu menempuh dugaan Tuhan. Alangkah indahnya kalau aku setabah Nur Amina dalam cerita nie. Tapi yelah… Aku tahu aku bukan diri dia, dan dia bukan diri aku. Kita jauh berbeza walaupun suatu ketika dahulu ada insan yang pernah memanggilkan aku dengan gelaran itu ‘NUR’. Dia dah lama mati dalam ingtan aku, dan aku telah lama padam dia. Macam-macam cara aku guna untuk padam dia, dan sekarang aku bersyukur pada Tuhan. Tuhan telah ketemukan aku dengan insan biasa yang penuh dengan keistimewaan buat aku. Mungkin pada mata orang biasa yang berpendidikan tinggi, dia tidak setaraf dengan aku, orang kata orang macam aku kena cari orang yang sama taraf. Tapi kan kalau lah aku dengar orang cakap kena cari orang yang sama taraf, maksudnya sama tahap pendidikannya macam aku entah bila lah aku akan kawin. Yelah nak cari kerja skang dah lah satu hal, nak kumpul duit untuk meminang, kawin, rumah, kete dan lain-lain lah. Kalau macam tue lah gayanya lambat lagi lah aku kawin. Hehehehehehehe (macam gatal nak kawin jerk bunyi nyer kan) Biarlah kalau betul jodoh aku dengan dia, nak buat macam mana kan? Kan Tuhan tue dah atur setiap perjalanan umat dia. Berbalik pada cerita Nur Kasih tadi, watak Aliya tue agak kurang senang lah pada aku. Tau lah dia anak orang kaya yang berpendidikan islam dan akademik yang tinggi. Tapi mengapa agak kurang ajar lagaknye bila berdepan dengan suami. Macam tak hormat jerk dia aku tengok bile berdepan dengan Aidil. Aidil? (hehehehe) sian pulak aku tengok si Aidil tue. Lelaki itu penuh dengan kesabaran dalam hati dan juga jiwa dia. Walau apa yang datang mendatang, dia tetap sabar. Aku inginkan kesabaran seperti itu. Dulu ayah dia meminang gadis pujaan dia untuk adik sendiri, bila adik dia buat hal dengan isteri pilihan bapanya, dia yang gie tolong uruskan dan selesaikan masalah dan sekarang plak isteri sendiri suka bersangka buruk dengan dia. Agaknya orang yang nama Aidil ni memang banyak kena uji dan penuh kesabaran kot. (eh eye ke sabar??? Sabar ada batasnya…..). Semoga aku bertemu dengan orang macam tue suatu hari nanti….. Aminnnnnn~~~~~…..


DaY Of DaY


200 hari~~~


Apa yang kita akan buat kalau kita tahu orang yang kita sayang cume boley hidup dalam tempoh 200 hari jerk????? Emm kenapa aku boley terpikir hal nie? Sebab nye beberapa hari yang lepas aku ada menonton satu cerita MORE THAN BLUE. Cerita korea, agak sedey gak cerita ni. Cube bayangkan orang yang kita sayang dan cinta suro kita cari orang lain untuk dicintai. Bagi aku lah kan benda nie satu benda yang sangat perit untuk dilakukan.. apa tidaknya orang yang kita sayang, yang kita cinta tiba-tiba cakap macam tue dah lah tue…. orang yang suro kita cari orang lain tue ada depan mata kita. Kita yang jaga dia time disakit, kita yang belai dia time dia sunyi… Emmm entahla… Macam mana lah kalau aku ditemapt perempuan tue… Mesti aku nanges tak berenti2…. Kalau lah pasangan aku cume boley hidup dalam tempoh 200 hari sahaja mungkin langkah pertama yang aku akan buat ialah ajak dia nikah dengan aku. Biarlah aku jaga dia time dia di saat-saat akhir menanti dunia baru… Biar pun selepas dia pergi ‘title’ aku akan berubah, aku akan cuba untuk meredhainya. Yang penting aku dapat jaga diri dia seperti mana yang aku impikan sebagai seorang isteri yang setia kepada suami. Perkara kedua yang mungkin aku buat ialah ajak dia melawat ke TANAH SUCI. Mungkin di sana dia akan aman dan tenang dalam menempuh sebarang kelukaan hati dan perasaan dia sendiri… Perkara ketiga yang aku akan buat jika pasangan hidup aku hanya akan hidup 200 hari sahaja ialah ajak dia pindah ke tempat yang dia idam-idamkan untuk hidup berkeluarga. Mungkin di situ dia akan dapat merasai satu lagi kebahagian yang di cari-cari. Perkara ke empat yang akan aku buat ialah masak benda yang sedap-sedap dan sihat untuk dia… Aku nak hidup dia yang hanya tinggal baki itu dipenuhi dengan senyuman dan kenangan terindah buat aku nanti… ANAK?? Kalau ada rezeki memang aku tak kan tolak disaat hari dia masih berbaki, sekurang-kurangnya pemergian dia kelak ada meninggalkan teman di saat aku benar-benar rindukan dia… Bukan kah anak itu penyambung kasih sayang??? Aku akan jaga makan pakai dia, aku nak aku yang suapkan nasi dan ubat ke dalam mulut dia yang comel itu.. Aku nak, aku yang tolong dia tukar baju yang dia pakai. Aku nak, aku yang tolong papah dia untuk ke kamar mandi. Aku nak sediakan dia sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. DAN YANG PALING PENTING AKU NAK JADI MAKMUM YANG SETIA DIA BELAKANG DIA SEHINGGA DOA YANG TERAKHIR. Tapi sekuat itu kah aku sekiranya aku berada di tempat wanita dalam cerita itu?? Yang teguh berdiri di sini lelaki itu sehingga sesaat dia menemu ajalnya… Semoga aku jadi sekuat-kuat wanita dalam menempuh kehidupan aku kelak yang boleh dijadikan contoh dan tauladan pada ANAK-ANAK aku kelak… AMINNNNNNNN…..