Tuesday, September 29, 2009

~PeRmerGiAn~

Aku redha dengan pemergian mu…


Syawal kali ini ternyata membawa seribu kenangan pada aku. Ada kisah yang gembira dan tidak kurang juga dengan kisah yang duka. Tapi pada kali ini aku ingin coretkan kisah duka atas pemergian seorang insan yang bernama MOHD IZZAT BIN ISHAK. Arwah ini baru sahaja berusia 14 tahun, namun dia lebih disayangi oleh ALLAH. Arwah telah meninggal pada syawal yang ke lapan pada jam 1.53 pagi. Begitu muda usia beliau meninggalkan duniawi ini dan ternyata ALLAH itu sentiasa menepati janjiNYA. Doctor yang merawat beliau telah mengesahkan bahawa beliau menghidapi penyakit kanser usus, dan beliau telah mengikut kimoterapi kali ke lima ini. Mengikut MAK SU, kimo kali ini adalah merupakan kimo yang paling teruk arwah hadapi. Kalau sebelum ini, tika aku dan mak datang melawat beliau, beliau masih tegar untuk menguntumkan senyuman. Namun kali ini kedatangan kami hanya satu jenazah yang kaku di depan mata aku sendiri. Terdiam sepi aku tanpa kata-kata, hanya air mata yang mengalir melihat jasad arwah di depan mata. Begitu sayang sekali seorang kaum nabi Adam telah pergi meninggalkan kita di duniawi ini tanpa sempat untuk membalas jasa baik bonda dan ayahnda. Tidak pernah terlintas di fikiran ku bahawa dia akan pergi dulu sebelum aku. Bagi mak su raya kali ni cukup menghayat hati beliau. Mana tidaknya, anak lelaki tunggal keluarga telah pergi menghadap Ilahi. Namun jauh disudut hati aku, terdetik satu perasaan bersyukur atas pemergian arwah. Bukan kerana membenci, tapi kerana aku sudah tidak sanggup melihat penderitaan yang beliau hadapi. Bayangkan lah tubuh kecil itu terpaksa berhadapan dengan penyakit ini. Begitu tabah beliau mengahrunginya. Tika kita sedang enak menikmati hidangan juadah hari raya dengan kuih muih yang bermacam serta hidangan air yang menyelerakan, arwah hanya mampu terbaring sayu melihat manusia dikelilingnya. Segala isi kandungan badan beliau temasuk usus, tekak, saluran pemakanan, usus dan banyak lagi telah hancur terbakar dek kerana kesan kimoterapi kali ke lima ini. Bayangkan lah keperitan anak kecil ini tanggung, ada baiknya ALLAH panggil di terlebih dahulu kerana begitu perit beliau hendak meneruskan kehidupannya. Namun aku bersyukur aku banyak kali dapat mendampingi beliau ketika hayatnya masih ada. Dan kenangan yang masih segar dalam kotak pemikiran ku adalah saat bersama beliau memberikan kata perangsang ketika arwah selesai membuat kimo kali kedua. Dan ketika itu kami asyik membincangkan mengenai MYSPACE masing-masing. Apa yang aku mampu buat kini adalah meredhakan pemergian arwah. Semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Al fatihah…..


No comments: