Tuesday, December 29, 2009

BeRiKanLAH AkU KeKUAtaN~~


Lamer kiranya tangan ini tidak menaip apa-apa pun di blog sendiri. Mengapa dan kenapa? Jawapannya hanya satu SAKIT. Orang hanya nampak kesakitan luaran tapi dalaman tak de sape yang tahu kan. Ni bukan sakit hati, tapi sakit yang tak Nampak. Sukar nak percayakan? Kadang-kadang kite sebagai manusia biasa kena tegar dan kuat untuk menerima kenyataan sebegini. Orang yang dekat ngan kita, yang sering berdamping ngan kita, dan yang kita sangkakan kawan boley buat kita macam nie. Di mana silapnya??? Tuhan saja yang tahu hati manusia. Hampir sebulan lebey aku merana kerana kesakitan itu, dan kerana itu jua lah kehidupan aku sebagai manusia normal telah hilang. Kata mak , keadaan aku ketika itu sama seperti aku berusia 6 tahun yang merenggek itu dan ini. Dapat tak sekeping hati dan sepasang mata memahami aku ketika itu. Siapa yang ada dengan aku ketika itu? Hanya mak, abah, adik beradik dan seorang insane yang aku panggil ABANG sahaja berada di sisi aku. Kesakitan yang aku tanggung hanya aku seorang yang tahu dan rasa. Bagai mati hidup semula aku kini. Hendak terima satu kenyataan begitu perit. Tangan kanan dan kiri aku dah lembik, lebam, bengkak dek kerana di cucuk dengan jarum hospital yang mengambil darah dan memasukkan air ke tubuh ku. Ke sana ke mari aku pergi hospital untuk mencari ubat, sakit badan nie di masukkan alat teknologi manusia Tuhan saja yang tahu. Ubat pelali berkali-kali dimasukkan ke tubuh ku. Saat itu dunia ni berputar-putar bagi ku, apa yang aku inginkan ketika itu hanya tidur yang panjang. Mak dan abah puas menangis kerana aku. Hampir setiap malam aku bagaikan orang lain nak diungkapkan dalam pena nie agak sukar kerana aku sendiri tak tau apa yang terjadi dengan aku ketika itu. Saat aku di suruh masuk ke wad, rase macam nak lari jerk jauh-jauh dari kenyataan “ anak puan ini kami terpaksa tahan dalam wad. Apa yang kami dapati usus dan perut beliau ada luka “ . Rase macam nak rendam jerk tubuh nie dalam laut dan jangan muncul lagi ke atas darat. Sebabnya??? Sebab aku tahu, aku bukan sakit yang memerlukan rawatan teknologi. Makan, mak yang suapkan… mandi, mak yang mandikan… susu segelas, mak yang buatkan… tido, mak yang temankan… sakit, mak yang tenangkan… Aku tahu, air mata abah yang sekeras sebagai ketua keluarga yang tidak pernah mengalir sepanjang kesusahan membesarkan anak-anaknya tetapi apabila melihat raungan kesakitan aku sebagai anak dia air mata itu tidak mampu di tahan lagi. Keadaan aku ketika itu sudah tidak dapat digambarkan lagi tambahan pula hari raya korban dah nak dekat. Saat itu memang getir pada aku, keceria di pagi hari raya yang sepatutnya penuh dengan gelak dan tawa ahli keluarga dan kesibukan melayan kelitah anak-anak buah aku digantikan dengan air mata mereka yang melihat aku bagaikan mayat hidup. Aku lupa akan diri aku yang sebenar, badanku lemah untuk digerakkan. Aku bagaikan kehilangan upaya untuk meneruskan perjalanan hidupku. Apa yang aku mampu buat ketika itu hanya menangis meminta simpati orang agar dapat membantu aku, agar dapat meringankan beban yang tidak sepatutnya aku tanggung dek kerana busuk hati manusia lain. Sepanjang aku hidup di dunia ini, aku tidak pernah mengganggu hidup orang lain. Tapi, aku tidak menyangka ada orang yang busuk hati melihat kebahagian aku yang setitis ini. Setiap malam sepanjang ‘kesakitan’ ini bersama aku, abah memeluk tubuh aku memberikan aku seribu kekuatan. Mak yang sentiasa memegang tangan kanan ku, sentiasa mengaji dan melafazkan ayat-ayat suci untuk aku agar aku sabar menempuh dugaan ini. Tangan, kaki dan juga perut ku sakit, bisa, gatal dan tak boleh disentuh oleh mana-mana manusia. Dan apabila siang mula melabuhkan sinarnya, aku bagaikan budak kecik dan budak yang hilang akal. Aku boleh bercakap sendiri, aku boleh menyanyi, aku boleh ketawa dan yang aku hairan aku lupa akan siapa semua manusia di sekeliling aku. Menyanyi bukan minat aku, apatah lagi untuk menghafal lirik-lirik lagu. Siapa yang kenal aku tahu aku bagaimana… Sepanjang aku menempuh saat getir itu, aku memang cukup takut malam. Kerana apabila malam, tubuh ku terpaksa menanggung kesakitan yang amat luar biasa, aku menjerit kesakitan, meraung meminta tolong dan aku sendiri akan hilang punca. Aku cuba tahan dek kerana kasihan melihat mak dan abah yang tidak tidur menjaga aku, tapi maaf aien mak, abah… tubuh ini tidak dapat menahan segalanya. Terlalu sakit rasanya.