Sunday, August 30, 2009

♥ raHsIA HAtI ♥


aku dah selamat balik ke kl.... Masih terasa rindu pada dia, kenapa ekk??? mungkin dah terlalu lama kiterang tak macam nie, dia sibuk dengan keje dia dan aku sibuk dengan pelajaran aku di sini. Tak lama lagi dah nak raye walaupun baru 9 hari kiter berpuasa, tak sabar rasenya nak raye tahun nie.. Yelah kan dengan adanya anak buah baru dengan dah kenal family abang kat sane,terasa bahagia benar hidup ini. Terasa lengkap walaupun aku ngan dia BELUM sampai ke destinasi yang selama ini kite impikan. Tadi aku tengok blog syima, emm bagusnya microteaching dia dapat buat yang terbaik.. Tahniah syima... penat terasa satu badan nie, tadi buka puasa makan nasi goreng paprik. Rasa malas sangat nak buat keje aku pun tak tau nape... RINDUNYE DENGAN ABANG...
ini yang terasa nak kawin cepat.. tapi macam mane ekk, duit tak de nak tak nak kena tahan dulu, lagi pun kan aku nie belajar lagi... sabar ekk HATI, kau kena kuat untuk tempuh segalanya... test ngan asment semua aku dah sttle kan skng dalam proses nak stdy teori nombor lak, al maklumlah dua, tiga miggu nie masuk kelas tadi fikiran ke lain... Em semoga aku akan dapat ikut balik segala apa yang aku pelajari selama ini.... terasa macam nak balik jb jumpa abang lagi jerk... huhuhuhuhuhu

Friday, August 28, 2009

~hari yang indah~

aku nak balik jap lagi tapi sebelum balik tue aku nak tulis something kat bog kesayangan aku nie...
emm balik ni nak buke puasa dengan abang... Yelah kan dah bulan puasa nie, kang balik raya aku buke puasa dengan family jerk tak ley kuar dengan abang... EM tinggal lah roomate aku sorang nie... kesian dia, dia ada koko esok... Bye akma, akak balik dulu ekk..... kelas petang nie aku ponteng malas nak gie lagi pun aku dah abis microteaching... biar lah aku rehatkan seketika minda aku yang kian tumpul ini.. k lah kang bas tinggal aku lak... jumpa nanti....

segalanya telah berakhir~

Segalanya telah berakhir ape ekk segalanya telah berakhir? Macam dunia nak kiamat jerk aku nie...
isyhhh tak delah.. Segalanya telah berakhir tue maksud aku segala perkara benda yang penting untuk aku buat telah pun selesai. Semuanya dah selamat dah.. Microteaching yang aku takot-takot kan pun dah selesai jadi 1st presentr lagi. Mula-mula tue memang la takot kan.. tapi biler dah depan muke Tuan Haji hilang takot tue... Kawan-kawan lak bagi respond yang sangat bagus, mungkin sebab aku orang 1st kot, diarang pun give attention yang sangat bagus. Sebenarnya aku ngah sahur nie... Makan meggi tomyam... Yummmy... air lak buat hot cokelet... emm malam tadi tido sampai tak ingat dunia... Bangun jap jerk, tido balik hehehehehehehehehe... Yelah kan dah seminggu aku tak tido macam nie...Rase macam rehat sikit rasenya malam tadi.....Tapi tue lah kan roomate aku lak tak de... Balik umah, ingat pagi nie nak sahur masak bubur dia lak balik kang kalau aku masak kang nampak gayenye aku lah yang akan habis kan... Isyhhh tak ley-takley kan matlamat aku aku nak sentiasa kurus.... =) semalam pun aku ada test... semua ok tapi tue lah test tue agak susah gak nak buat... memang lah dua soklan jerk tapi jalan penyelesaiannye panjang nak mati... memang lah cara dr pendek sebab dia banyak tinggal step, aku nie budak degree lagi bukan budak master or phd yang ley skip step macam tue jerk... Geram lah aku... memang lah dapat buat, tapi tue lah tak sempat nak habis kan... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa its ok dear, hidup mesti diteruskan walaupun apa yang telah terjadi, Sian abang minggu nie. Aku macam tak layan dia sangat.. Aku sibuk sangat, msg pun sikit-sikit jerk... maaf ekk sayang, jap lagi kiter jumpa k... Ada lagi satu cerita yang sangat menarik aku nak kongsi kan di sini... Abah aku dah setuju nak belikan aku kereta satu... Yahoooo rase macam nak melompat jerk mase abah kate nanti abah belikan aien kete ekk... emm may b naik cuti raye nie kot aku akan bawak kete tu... kete ape lak ekk abah nak belikan untuk aku nanti.. Kite tunggu same-same ekkkk Dont worry... nanti biler kete aku dah kuar jerk... aku akan upload gambar kete aku kat sini.... Terima kasih mak abah sebab sentiasa memberikan aien kesempurnaan dalam meneruskan kehidupan aien yang sentiasa berlubang-lubang ni... Betul lahkate orang, kasih mak ngan abah adalah kasih yang sangat murni, lebih murni kasih sayang dengan pakwe or makwe kiter.... Aien akan jaga semua kelengkapan yang mak ngan abah sediakan untuk aien.... Hari nie dah hari ke-7 aku berpuasa.... batuk aku pun masih tak hilang, batuk kering kan bukan batuk yang ada kahak tue... emm mungkin sebab aku semputkan tue yang lambat sikit baik.... emmmm rasenye takat nie sajer lah luahan hati aku.. kang kalau aku bosan lagi aku tulis lagi k...

Friday, August 14, 2009

~hari-hari ku indah~



















em.. tadikan ada test persamaan pembezaan biasa... huhuhuhu semua soalan ok cume no 3 ngan 4 tadi aku tak yakin nak jawab walaupun lec dah bagi clue... rase macam tak de dalam nota...emm entah lah aku kot yang terlepas pandang... semalam lepas jerk kelas kepimpinan aku terus balik... zue hantar.. mula tue rasenya macam badan tak sedap... lepas mandi ngan solat aku rase macam nak tido jap jerk... tapi abang lak cll...so bergayut lah ngan dia kejap... gayut punya gayut sampai kul 6.45... aku pun terus jerk tido sampai lah azan maghrib... rase macam nak pitam jerk mase bangun tue... kepala rasa berat sangat dah tue badan panas lah tetiba rase seram sejuk... aku pun matikan lah kipas... kuatkan lah juga kaki nie gie amik air sembahyang... lepas solat maghrib jerk aku baring balik nak sambung tido sebab rase tak larat sangat...sampai lah kul 8.30 malam aku tido, kuatkan lah juga untk bangun sebab esoknye nak test... nak tak nak aku pun telan lah 3 biji penadol... mula2 tue macam tak larat sangat tapi lama-lama tue ok lah jugak... aku stdy sampai lah kul 2.30 pagi.. than rase macam dah tak sedap badan datang balik aku pun tido ingat esok subuh nak bangun awal tapi terlajak kul 7 baru bangun...emm subuh gajah... hehehehehehe tapi nasib baik sedar kalau tak... alamatnye tak amik test lah aku.... kul 7.30 aku dah turun gie naik baik... emm mujur lah bas gerak cepat sikit... mase on the nak gie naik bas tue aku call mak cakap hari nie ada test... biasalah kan nak minta restu... cakap gak ngan mak aku demam, mak pun apa lagi... macam biasa lah dengan risau nya... tapi aku dah cakap pas test nanti aien gie PK... pas test gie cari maklumat sikitpasal asemnet falsafah sains kat lab bawah jabtan maths tue... siap jerk cari maklumat aku gie beli penadol extend ngan cool fever... pas tu terus gie PK emmm nasib abik cepat balik.... macam tue lah perjalanan hidup aku untuk hari nie... tekak aku rase perit sangat nie... huhuhuhuhuhu

Monday, August 10, 2009

&& EsOK aKu AdA TEst &&

tak dapat nak tulis banyak sangat untuk hari ni... sebab aku ada test teori nombor esok... huhuhu harap-harap aku akan dapat buat yang terbaik....aku ngan abang dah kembali ok... cume hari nie tadi ada rasa nak pitam... emm mungkin aku kurang rehat kot.... tak pe lepas selesai segalanya nanti aku akan rehat secukupnya... doakan aku ekk

ya Allah, permudahkan segala urusan ku ya allah...
berikan lah aku petunjuk mu,
jauhkah aku dari sikap cuai, alpa dan leka,
berikan lah aku nur dan hidayah dalam perjuangan ini,
berikan lah aku hidayah seperti kau berikan hidayah kepada para tentera mu yang ingin berjuang,
aku pohon pada mu ya Allah,
restui lah segala ilmu yang telah aku pelajari ini,
lancarkan lah tangan kanan ku untuk menjawab dengan betul,
permudahkan lah untuk aku berfikir mencari penyelesaian bagi setiap soalan yang diberikan,
hanya pada mu aku berserah ya Allah,
amin ya rabbal alamin...

Sunday, August 9, 2009

(= PeTuA SiLmMm =)











1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Saturday, August 8, 2009

~AkU MaSIH lAGi inGIN senDIRI~


hari nie dah tukar sikit keadaan aku yang semalam penuh dengan kesedihan...kenape aku sedih????sebab kehadiran dia dalam hidup aku membuat aku jadi bertambah sepi.... indahnya kalau hidup ini boleh menjadi seorang puteri kayangan yang bebas mencari kehidupan sendiri... tanpa gangguan siapa-siapa...tanpa halagan yang menyedihkan...
hari nie sibuk belajar ngan buat asment kepimpinan...tapi asement tue baru dapat buat satu point..penat jugak nak mengarang ayat best nie... setiap malam kena mengarang ayat, semalam karang untuk falsafah sains... hari ni untuk kepimpinan esok tak tau lak nak buat ayat untuk ape....
petang tadi aku ada msg abang... niat kat hati nak pulang balik no clcm yang aku pakai line ngan dia... sebab contect pun dah jarang kan apa makne lagi aku pakai no ni kan...
pulak tue ramai lah plak mamat sesat yang selalu jerk call aku... macam ada orang jual jerk no aku... tanyer bilik kosong lah.. apa lah... emm manusia2... lepas jerk send masg kat abang tadi aku terus nangis nak menidokan diri aku supaya tenang malam ini untuk sambung belaja... lebih kurang satu jam gak lah aku tido...than 5.30 pm jam aku dah bunyi kena lah bangun than sambung stdy... ayat sedih gak lah aku bagi msg kat abang tue...macam orang dah putus harapan dengan seseorang... tapi memang aku putus harapan pun ngan dia... kalau si perempaun tue nak sangat ngan abang so apa aku nak tunggu lagi kan... baik aku pergi jerk... tak payah buat sakit pale... tapi tgk respon abang ok jerk... tanyer aku exam ape nanti hari isnin nie.... than malam nie dia nak kuar dia bagitau aku... macam tak de paper jerk lagak nie... bab nie yang aku tak suke... buat2 tak tahu jerk muke tue.. geram gak lah kadang2...tapi nak buat macam mane, aku tau dia buat macam tue nak buat keadaan ok.. dia tak nak gado panjang2... tapi yang aku pelik bila aku senyap dia pun senyap bila aku bersuara baru aku tau yang dia ni hidup lagi rupenye... kot yea pun nak tunggu aku redakan kemarahan ini, agak2 lah kan... lagi satu dia ni tak pernah nak lepas kan aku dari hubungan ini... tanda sayang ker tue???? konfius lah..... kalau sayang buktikan lah rase sayang tue...
emm ok lah nak sambung stdy lagi... kalau dah bowink stdy nanti aku tgk balik blog kesayangan aku nie ekk~~~~

~sepi yang tetap sepi~


pagi-pagi lagi aku nak coretkan kesah hidup aku yang akan bermula hari nie...letih giler malam tadi tido awal kul 1.30 am aku dah tido... lama sangat aku mengadap laptop aku yang sengkek nie...dari lepas asar sampai lah nak tido...asemnet falsafah sains nyer pasal...banyk benda kena bace,bace benda gak kena search...tapi ok lah ley tambah ilmu yang dihujung tanduk nie..at least benda yang selama nie aku tak tau dan tak pernah kesah aku dah tau sekrang...terutama pasal kejadian alam ciptaan TUHAN ni....emmmmm agak menarik juga dengan kertas kerja aku kali nie...tapi yang letihnyer nanti aku kena tulis asemnt tue by hand...tue yang ngah reka ayat guna laptop dulu than baru tulis by hand....memang lah rase macam buat kerja dua kali kan...tapi dari membazir paper ngan liquid better aku wat macam nie....
DIA masih sepi tanpa berita, seolah-olah sedang melawan kesepian seperti aku...biarkan lah...rase macam relax lak tak de love dalam diri nie.. patut lah una cakap " love is zero"....biarkan lah dulu tgk nanti macam mane seminggu dua nie keadaan aku ngan dia...adakah harus diteruskan or just breakoff...tunggu...hidup ini diselebungi dengan misteri....pagi nie matlamat aku nak bace nota subjek kepimpinan sebab aku ada test sabtu depan... kang kalau letih nak sambung stdy thory nombor lak....emmm banyak nyer aktiviti aku hari...hope tercapai lah matlamat untuk hari ni... chaiyok-chaiyok bunga!!!!!

Tuesday, August 4, 2009

Doaku Padamu.. Tuhanku




Tuhanku...
Seandainya telah kau catatkan...
Dia menjadi milikku..
tercipta buatku...
Dekatkanlah dirinya dengan diriku...
Tuhanku...
Jika ditakdirkan
Bukan milikku
Tidak tercipta buatku...
Bawalah dia jauh
Dari pandanganku...
Lapuk dari ingatanku
Peliharalah diriku
Daripada rasa kecewa
Berikahlah aku kekuatan
Meskipun tanpa dirinya...
Engkau gantilahkanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah...
Walaupun tiada yang sama dengan
Dirinya...
Kupohon dan kurayu pada Mu yang
Satu...
Engkau hapuskanlah perasaan ini
Seandainya die tidak mencintaiku...
Tetapi Tuhanku,
Seandainya telah ditakdirkan untukku...
Kupohonagar kau sentiasa memperkuatkan
CintanYa
Sebagaimana kuatnya Aku
Mencintainya...
Buatmu yang Tersayang...
Mengertilah diri ini amat
Menyayangi dan Menyintai diri mu...
Kabulkan lah Doaku...