Tuesday, December 29, 2009

BeRiKanLAH AkU KeKUAtaN~~


Lamer kiranya tangan ini tidak menaip apa-apa pun di blog sendiri. Mengapa dan kenapa? Jawapannya hanya satu SAKIT. Orang hanya nampak kesakitan luaran tapi dalaman tak de sape yang tahu kan. Ni bukan sakit hati, tapi sakit yang tak Nampak. Sukar nak percayakan? Kadang-kadang kite sebagai manusia biasa kena tegar dan kuat untuk menerima kenyataan sebegini. Orang yang dekat ngan kita, yang sering berdamping ngan kita, dan yang kita sangkakan kawan boley buat kita macam nie. Di mana silapnya??? Tuhan saja yang tahu hati manusia. Hampir sebulan lebey aku merana kerana kesakitan itu, dan kerana itu jua lah kehidupan aku sebagai manusia normal telah hilang. Kata mak , keadaan aku ketika itu sama seperti aku berusia 6 tahun yang merenggek itu dan ini. Dapat tak sekeping hati dan sepasang mata memahami aku ketika itu. Siapa yang ada dengan aku ketika itu? Hanya mak, abah, adik beradik dan seorang insane yang aku panggil ABANG sahaja berada di sisi aku. Kesakitan yang aku tanggung hanya aku seorang yang tahu dan rasa. Bagai mati hidup semula aku kini. Hendak terima satu kenyataan begitu perit. Tangan kanan dan kiri aku dah lembik, lebam, bengkak dek kerana di cucuk dengan jarum hospital yang mengambil darah dan memasukkan air ke tubuh ku. Ke sana ke mari aku pergi hospital untuk mencari ubat, sakit badan nie di masukkan alat teknologi manusia Tuhan saja yang tahu. Ubat pelali berkali-kali dimasukkan ke tubuh ku. Saat itu dunia ni berputar-putar bagi ku, apa yang aku inginkan ketika itu hanya tidur yang panjang. Mak dan abah puas menangis kerana aku. Hampir setiap malam aku bagaikan orang lain nak diungkapkan dalam pena nie agak sukar kerana aku sendiri tak tau apa yang terjadi dengan aku ketika itu. Saat aku di suruh masuk ke wad, rase macam nak lari jerk jauh-jauh dari kenyataan “ anak puan ini kami terpaksa tahan dalam wad. Apa yang kami dapati usus dan perut beliau ada luka “ . Rase macam nak rendam jerk tubuh nie dalam laut dan jangan muncul lagi ke atas darat. Sebabnya??? Sebab aku tahu, aku bukan sakit yang memerlukan rawatan teknologi. Makan, mak yang suapkan… mandi, mak yang mandikan… susu segelas, mak yang buatkan… tido, mak yang temankan… sakit, mak yang tenangkan… Aku tahu, air mata abah yang sekeras sebagai ketua keluarga yang tidak pernah mengalir sepanjang kesusahan membesarkan anak-anaknya tetapi apabila melihat raungan kesakitan aku sebagai anak dia air mata itu tidak mampu di tahan lagi. Keadaan aku ketika itu sudah tidak dapat digambarkan lagi tambahan pula hari raya korban dah nak dekat. Saat itu memang getir pada aku, keceria di pagi hari raya yang sepatutnya penuh dengan gelak dan tawa ahli keluarga dan kesibukan melayan kelitah anak-anak buah aku digantikan dengan air mata mereka yang melihat aku bagaikan mayat hidup. Aku lupa akan diri aku yang sebenar, badanku lemah untuk digerakkan. Aku bagaikan kehilangan upaya untuk meneruskan perjalanan hidupku. Apa yang aku mampu buat ketika itu hanya menangis meminta simpati orang agar dapat membantu aku, agar dapat meringankan beban yang tidak sepatutnya aku tanggung dek kerana busuk hati manusia lain. Sepanjang aku hidup di dunia ini, aku tidak pernah mengganggu hidup orang lain. Tapi, aku tidak menyangka ada orang yang busuk hati melihat kebahagian aku yang setitis ini. Setiap malam sepanjang ‘kesakitan’ ini bersama aku, abah memeluk tubuh aku memberikan aku seribu kekuatan. Mak yang sentiasa memegang tangan kanan ku, sentiasa mengaji dan melafazkan ayat-ayat suci untuk aku agar aku sabar menempuh dugaan ini. Tangan, kaki dan juga perut ku sakit, bisa, gatal dan tak boleh disentuh oleh mana-mana manusia. Dan apabila siang mula melabuhkan sinarnya, aku bagaikan budak kecik dan budak yang hilang akal. Aku boleh bercakap sendiri, aku boleh menyanyi, aku boleh ketawa dan yang aku hairan aku lupa akan siapa semua manusia di sekeliling aku. Menyanyi bukan minat aku, apatah lagi untuk menghafal lirik-lirik lagu. Siapa yang kenal aku tahu aku bagaimana… Sepanjang aku menempuh saat getir itu, aku memang cukup takut malam. Kerana apabila malam, tubuh ku terpaksa menanggung kesakitan yang amat luar biasa, aku menjerit kesakitan, meraung meminta tolong dan aku sendiri akan hilang punca. Aku cuba tahan dek kerana kasihan melihat mak dan abah yang tidak tidur menjaga aku, tapi maaf aien mak, abah… tubuh ini tidak dapat menahan segalanya. Terlalu sakit rasanya.

Sunday, November 15, 2009

TuNjANg~~~

Tunjang Sa’adah~~~


Cerita cerekarama malam nie yang aku tonton seorang diri. Agak sedih jugak cerita ini. Aku suka watak yang dibawa oleh Rozita Che Wan tue. Senang cakap aku memang suka lah pelakon nie. Kenapa? Dia sangat cantik bagi aku, muke dia bersih. Emm yea… mungkin sebab mekap. Tapi bagi aku kalau dia tak bersolek pun dia tetap cantik. Body dia tak payah cakap lah solid beb… Aku nak body macam dia satu hari nanti. Insyaallah… Berbalik pada cerita tadi ekk, cerita nya agak sedey. Dia berkahwin dengan majikannya yang baru sahaja kematian isteri tersayang. Perkahwinan majikan dan Sa’adah adalah demi seorang anak kecil yang bernama Aliff. Hanya Sa’adah yang pandai menjaga Aliff dan segala urusan rumah dia pandai buat. Dah lah cantik, pandai pulak uruskan rumah dan suami. Emmm… Bagi Sa’adah, suami adalah segalanya tapi tak sangka pulak niat disebalik hati suaminya. Suami beliau hanya menganggap beliau penjaga kepada anak dan ibu beliau sahaja. Lelaki kan~~~ no komen lah kan, mungkin kerana suami beliau terlalu sayangkan wife dia yang pertama sehingga sanggup perpakat dengan ‘beloved agent insurance’ dia nak lari ke oversea dengan duit insurance wife yang pertama. Siapa ‘beloved agent insurance’? ha nak tau siapa dia, watak tersebut dia bawa oleh Irma. Alah awek si Nabil tue. Dalam cerita ni, Irma pun cantik jugak. Kelakar pun ada si Irma dalam cerita ni, tapi dia baik pada penghujung cerita nie. Si Irma ni lah yang menjadi pasangan kepada si suami yang dilakonkan oleh Norman Hakim untuk lari ke oversea dan meninggalkan segala tanggungjawab kepada si Sa’adah untuk menjaga anak dan juga mak dia. Dalam cerita ni jugak ada kakak ipar yang sangat jahat pada aku. Nak duit duit duit$$$$$$$$ dah lah semua harta Sa’adah dia dah suro laki dia amik iaitu abang along kepada Sa’adah. Aku tak pasti siapa yang melakonkan watak tersebut…. Kakak ipar Sa’adah jugak lah yang telah membunuh laki Sa’adah dengan mematikan suis oksigen beliau setelah koma akibat jatuh terpijak ‘walkie talkie’ si Aliff. Dan ketika itu lah si Irma menceritakan segalanya kepada Sa’adah yang hakikatnya si Norman tue dah jatuh cinta dengan Sa’adah dan sukar untuk terima hakikat. Apa yang sedih bagi aku dalam cerita nie satu jer “susah kalau otak orang gaji nie, tak reti nak hormat barang orang lain”. Itulah ayat yang diucapkan oleh Norman dalam cerita ini, kalau aku dah lama rasanya tersentap jantung di hati. Ini semua terjadi sebab si Norman tue ingat Sa’adah tue pakai kain batik milik arwah isteri dia, sedangkan kain batik tue Sa’adah beli sendiri. Manusia… Manusia… Kadang-kadang kalau kita sayang sangat kat seseorang tue pun payah kan? Apa pengajaran yang boley di ambil dari cerita ini ialah sayang seseorang itu dengan berpada-pada dan jika orang yang kita tue dah pergi meninggalkan kita dan di saat itu kita rindukan dia adalah lebih baik jika kita bacakan surah Yassin dan surah Al-Fatihah untuk dia. Aminnn~~~~~~


SEsUCi CInTA Mu


Cinta sesuci nur amina~~~





Suci dan tulus benar rasanya cinta Nur Amina terhadap Adam dalam cerita Nur Kasih… Aku baru jerk selesai menonton cerita tersebut, memang aku tak pernah miss walau sekali pun. Yelah lagi pun kan sekarang dah boley tengok cara online.. Tue yang best tue… Thank you TV3… Jahat lah si Sarah giler tue~~ isyhhhh geram tul tengok muke dia, dah lah busuk hati. Sajer jerk nak rosakkan kebahagian kakak dia sendiri, even si Nur tue bukan kakak kandung dia sendiri (lain mak sama bapak) tapi jangan lah sampai nak rosakkan kebahagian orang lain. Watak si Nur dalam cerita ni sangat lah kental, dulu di duga dengan kehadiran madu dia… Sape ekk name dia emm Katrina kalau tak silap aku, skang episode kali plak di duga dengan Adam yang hamper mati di Hotel Taj Mahal di Mumbai. Emmm NUR… NUR… Tabahnya dirimu menempuh dugaan Tuhan. Alangkah indahnya kalau aku setabah Nur Amina dalam cerita nie. Tapi yelah… Aku tahu aku bukan diri dia, dan dia bukan diri aku. Kita jauh berbeza walaupun suatu ketika dahulu ada insan yang pernah memanggilkan aku dengan gelaran itu ‘NUR’. Dia dah lama mati dalam ingtan aku, dan aku telah lama padam dia. Macam-macam cara aku guna untuk padam dia, dan sekarang aku bersyukur pada Tuhan. Tuhan telah ketemukan aku dengan insan biasa yang penuh dengan keistimewaan buat aku. Mungkin pada mata orang biasa yang berpendidikan tinggi, dia tidak setaraf dengan aku, orang kata orang macam aku kena cari orang yang sama taraf. Tapi kan kalau lah aku dengar orang cakap kena cari orang yang sama taraf, maksudnya sama tahap pendidikannya macam aku entah bila lah aku akan kawin. Yelah nak cari kerja skang dah lah satu hal, nak kumpul duit untuk meminang, kawin, rumah, kete dan lain-lain lah. Kalau macam tue lah gayanya lambat lagi lah aku kawin. Hehehehehehehe (macam gatal nak kawin jerk bunyi nyer kan) Biarlah kalau betul jodoh aku dengan dia, nak buat macam mana kan? Kan Tuhan tue dah atur setiap perjalanan umat dia. Berbalik pada cerita Nur Kasih tadi, watak Aliya tue agak kurang senang lah pada aku. Tau lah dia anak orang kaya yang berpendidikan islam dan akademik yang tinggi. Tapi mengapa agak kurang ajar lagaknye bila berdepan dengan suami. Macam tak hormat jerk dia aku tengok bile berdepan dengan Aidil. Aidil? (hehehehe) sian pulak aku tengok si Aidil tue. Lelaki itu penuh dengan kesabaran dalam hati dan juga jiwa dia. Walau apa yang datang mendatang, dia tetap sabar. Aku inginkan kesabaran seperti itu. Dulu ayah dia meminang gadis pujaan dia untuk adik sendiri, bila adik dia buat hal dengan isteri pilihan bapanya, dia yang gie tolong uruskan dan selesaikan masalah dan sekarang plak isteri sendiri suka bersangka buruk dengan dia. Agaknya orang yang nama Aidil ni memang banyak kena uji dan penuh kesabaran kot. (eh eye ke sabar??? Sabar ada batasnya…..). Semoga aku bertemu dengan orang macam tue suatu hari nanti….. Aminnnnnn~~~~~…..


DaY Of DaY


200 hari~~~


Apa yang kita akan buat kalau kita tahu orang yang kita sayang cume boley hidup dalam tempoh 200 hari jerk????? Emm kenapa aku boley terpikir hal nie? Sebab nye beberapa hari yang lepas aku ada menonton satu cerita MORE THAN BLUE. Cerita korea, agak sedey gak cerita ni. Cube bayangkan orang yang kita sayang dan cinta suro kita cari orang lain untuk dicintai. Bagi aku lah kan benda nie satu benda yang sangat perit untuk dilakukan.. apa tidaknya orang yang kita sayang, yang kita cinta tiba-tiba cakap macam tue dah lah tue…. orang yang suro kita cari orang lain tue ada depan mata kita. Kita yang jaga dia time disakit, kita yang belai dia time dia sunyi… Emmm entahla… Macam mana lah kalau aku ditemapt perempuan tue… Mesti aku nanges tak berenti2…. Kalau lah pasangan aku cume boley hidup dalam tempoh 200 hari sahaja mungkin langkah pertama yang aku akan buat ialah ajak dia nikah dengan aku. Biarlah aku jaga dia time dia di saat-saat akhir menanti dunia baru… Biar pun selepas dia pergi ‘title’ aku akan berubah, aku akan cuba untuk meredhainya. Yang penting aku dapat jaga diri dia seperti mana yang aku impikan sebagai seorang isteri yang setia kepada suami. Perkara kedua yang mungkin aku buat ialah ajak dia melawat ke TANAH SUCI. Mungkin di sana dia akan aman dan tenang dalam menempuh sebarang kelukaan hati dan perasaan dia sendiri… Perkara ketiga yang aku akan buat jika pasangan hidup aku hanya akan hidup 200 hari sahaja ialah ajak dia pindah ke tempat yang dia idam-idamkan untuk hidup berkeluarga. Mungkin di situ dia akan dapat merasai satu lagi kebahagian yang di cari-cari. Perkara ke empat yang akan aku buat ialah masak benda yang sedap-sedap dan sihat untuk dia… Aku nak hidup dia yang hanya tinggal baki itu dipenuhi dengan senyuman dan kenangan terindah buat aku nanti… ANAK?? Kalau ada rezeki memang aku tak kan tolak disaat hari dia masih berbaki, sekurang-kurangnya pemergian dia kelak ada meninggalkan teman di saat aku benar-benar rindukan dia… Bukan kah anak itu penyambung kasih sayang??? Aku akan jaga makan pakai dia, aku nak aku yang suapkan nasi dan ubat ke dalam mulut dia yang comel itu.. Aku nak, aku yang tolong dia tukar baju yang dia pakai. Aku nak, aku yang tolong papah dia untuk ke kamar mandi. Aku nak sediakan dia sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. DAN YANG PALING PENTING AKU NAK JADI MAKMUM YANG SETIA DIA BELAKANG DIA SEHINGGA DOA YANG TERAKHIR. Tapi sekuat itu kah aku sekiranya aku berada di tempat wanita dalam cerita itu?? Yang teguh berdiri di sini lelaki itu sehingga sesaat dia menemu ajalnya… Semoga aku jadi sekuat-kuat wanita dalam menempuh kehidupan aku kelak yang boleh dijadikan contoh dan tauladan pada ANAK-ANAK aku kelak… AMINNNNNNNN…..


Thursday, October 22, 2009

KEtenangAN KAlbU

Terima kasih YA ALLAH.

Kali ni aku tak tau nape laju jerk tangan nie nak tulis blog, padahal mase nie nak gie kelas amali Kaedah Mengajar Matematik…tak pe lah apa lah salahnye kalau aku mencoretkan sepatah dua kata sekadar sebagai satu luahan hati aku… Alhamdulillah, D* kata aku ok… tak de benda yang serius. Balik dari H**M baru aku msg A*G, sebab takot kena mara hehehehehehehe…. Tapi D* ada agak pesan supaya aku jaga sikit kesihatan aku takot aku tension pada tahap yang melampaui batasan… yelah kan hidup bermasyrakat kadang kala kita sendiri tak sedar apa yang kita buat dan apa orang lain buat kat kita…. D* kata ‘OK honey, u punya tekanan darah ok tapi masih rendah gak nie… tapi tak pe saya tgk awk makin sihat skang. Tapi kenapa berat badan turun nie, orang raya naik… awak lak terbalik?????’ apa yang mampu aku jawab SENYUM, nak gak cakap ‘saya rase mesin timbang D* ni rosak kot… saye makan banyak tau tak setiap hari. Mase raye jangan lah cakap, mak saye masak sedapppppp” tapi entah kenapa benda tue semua tak terkeluar dari mulut aku, seakan-akan tersekat di kerongkong ku…. Banyak jugak benda yang aku lalui semalam… banyak benda yang pahit banyak jugak benda yang manis… balik kelas KMM aku bergayut dengan kawan yang sorang nie… kiterang memang dah lame tak duduk together berborak pasal hati dan perasaan masing nie bile ada mase tak kira call jerk lantak lah mahal ker tak… bukan apa saja nak luah kan perasaan yang tidak puas hati antara satu sama lain, tapi bukan lah tak puas hati dengan aku… tak puas hati dengan keadaan sekeliling jerk…minggu depan aku dah start final… emm wish me luck kkk doakan lah yang terbaik untuk aku, minggu lepas dah balik kg jumpa mak ngan abah… orang kate dah minta restu lah kiranya… hehehehehehehe dengan ABG pun aku dah jumpa minta halal apa yang patut… kui kui kui kui

Monday, October 19, 2009

PEnanTIAn

Penantian hari rabu-21/10/2009

Tak tau nape aku rase sedih sangat hari nie…. Tapi untuk pamirkan mungkin tidak kot… kenapa mesti aku yang harus hadapi semua ini… come on aien ko kena kuat gie jumpa D* belum tentu ko disahkan pape kan… just let go, than kalau D* bagitau keputusannya, ko kenala jadi manusia yang tabah dalam menghadapi kenyatan walaupun pahit, bukan ke hidup lawan nye mati… so sekarang ko kena pikir yang indah jerk dalam hidup ko, setiap penyakit ada ubatnye… kalau ko ditakdir begitu dalam perjalanan hidup ko, ko kena terima seadanya…. TUHAN dah takdirkan segalanya…. Kenapa tidak aku berfikir yang positive? Kenapa mesti aku berfikir yang negative tatkala mase untuk bersua muka dengan D*???? aiyooooooo….. peninglah pale aku….

“A*G, AY* minta maaf, Ay* banyak berahsia dengan A*G. AY* pun tak minta semua ini berlaku dengan kerelaan hati AY*…A*G memang baik… dan satu-satu insan yang mampu terima AY* seadanya. Tapi AY* sendiri tak mampu untuk lawan takdir kita.. seandainya A*G terbaca blog AY* ketika ini, AY* nak A*G mengerti, AY* memang tak de maksud untuk melukakan hati sesiapa, AY* buat semua ini hanya sekadar satu persediaan hidup untuk A*G, AY* tak nak A*G bergantung kasih terus pada AY*. Biarkan masa dan takdir yang menentukan. Cukuplah mimpi indah kita bersama setakat ini, AY* tak nak A*G bina lagi mimpi indah itu… kita paksa dalam redha ok, berdoalah semoga antara kita ada penamat yang kita impikan bersama… AY* minta maaf……”

Wednesday, October 7, 2009

sERAbuT giLEr

KeTenSIonAN

Laju jerk tangan aku kali untuk meluah ketidakpuashatian aku pada seorang insan. Siapa insan tersebut tidak perlulah aku nyata kan di sini. Aku geram sangat ngan dia. Apa dia ingat aku ni kuli batak nie nak buat assignment dia jerk? Apa dia ingat aku nie tak de keje ke nak buat? Dia ingat aku duduk goyang kaki jerk ke dalam UPM nie? Memang lah kadang-kadang aku suke duduk goyangkan kaki aku… Perbuatan insan yang maksudkan ini telah mencabar kesabaran aku lah…. Malam semalam aku memang tension sampai aku menangis, dah tahap parah dah kalau aku nangis nie sebab belajar nie. Selalu nangis sebab kena mara, gado ngan tuttttttt jerk. Nie sampai belajar boley nangis.. isyhhhhh betapa teruknya ketika itu…. Mula-mual tue dia tanyer pasal assignment kemerdekaan, ok lagi.. aku maintain tahan lagi… bagi lah idea sikit apa yang patut, pas tue dia bukak lak blog dia macam mane nak buat, lepas tue keje BI dia dan yang paling aku tak tahan TESIS dia….. B*D*H tul…. Tak nampak ker aku ngah stdy ni, tak nampak ker aku ngah tulis nota ni… agak-agak lah sikit, fikir lah orang lain pun ada keje lain jugak bukan nak ngadap kite 24 jam jerk… aku bagi lah advice sikit : “wak try lah bace petikan tue than summaries kan dia”. Yang aku paling tak tahan jawapan dia “awak tolong lah bace kan… cube awak tgk nie, dia cakap ape”. Aku nak jerk cakap “eh tak kan tak pernah summaries kan petikan dulu. Tak kan tak belajar buat rumusan mase sekolah” tapi aku tak sampai hati kan….teruk giler sampai satu benda tak tau pape nie, parah gile… aku yang amik kos lain pun tau sikit-sikit walaupun tak tau benda tue salah ke tak… nie lah parah nya kalau tugasan sendiri suro orang buat, sampai benda yang basic jerk pun tak tau… yang tau FACEBOOK… FACEBOOK… tapi memang pun FACEBOOK best hehehehehehe k la chow dulu… nak sambung stdy, dia tak nie…. Hehehehehehe