Sunday, November 15, 2009

DaY Of DaY


200 hari~~~


Apa yang kita akan buat kalau kita tahu orang yang kita sayang cume boley hidup dalam tempoh 200 hari jerk????? Emm kenapa aku boley terpikir hal nie? Sebab nye beberapa hari yang lepas aku ada menonton satu cerita MORE THAN BLUE. Cerita korea, agak sedey gak cerita ni. Cube bayangkan orang yang kita sayang dan cinta suro kita cari orang lain untuk dicintai. Bagi aku lah kan benda nie satu benda yang sangat perit untuk dilakukan.. apa tidaknya orang yang kita sayang, yang kita cinta tiba-tiba cakap macam tue dah lah tue…. orang yang suro kita cari orang lain tue ada depan mata kita. Kita yang jaga dia time disakit, kita yang belai dia time dia sunyi… Emmm entahla… Macam mana lah kalau aku ditemapt perempuan tue… Mesti aku nanges tak berenti2…. Kalau lah pasangan aku cume boley hidup dalam tempoh 200 hari sahaja mungkin langkah pertama yang aku akan buat ialah ajak dia nikah dengan aku. Biarlah aku jaga dia time dia di saat-saat akhir menanti dunia baru… Biar pun selepas dia pergi ‘title’ aku akan berubah, aku akan cuba untuk meredhainya. Yang penting aku dapat jaga diri dia seperti mana yang aku impikan sebagai seorang isteri yang setia kepada suami. Perkara kedua yang mungkin aku buat ialah ajak dia melawat ke TANAH SUCI. Mungkin di sana dia akan aman dan tenang dalam menempuh sebarang kelukaan hati dan perasaan dia sendiri… Perkara ketiga yang aku akan buat jika pasangan hidup aku hanya akan hidup 200 hari sahaja ialah ajak dia pindah ke tempat yang dia idam-idamkan untuk hidup berkeluarga. Mungkin di situ dia akan dapat merasai satu lagi kebahagian yang di cari-cari. Perkara ke empat yang akan aku buat ialah masak benda yang sedap-sedap dan sihat untuk dia… Aku nak hidup dia yang hanya tinggal baki itu dipenuhi dengan senyuman dan kenangan terindah buat aku nanti… ANAK?? Kalau ada rezeki memang aku tak kan tolak disaat hari dia masih berbaki, sekurang-kurangnya pemergian dia kelak ada meninggalkan teman di saat aku benar-benar rindukan dia… Bukan kah anak itu penyambung kasih sayang??? Aku akan jaga makan pakai dia, aku nak aku yang suapkan nasi dan ubat ke dalam mulut dia yang comel itu.. Aku nak, aku yang tolong dia tukar baju yang dia pakai. Aku nak, aku yang tolong papah dia untuk ke kamar mandi. Aku nak sediakan dia sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. DAN YANG PALING PENTING AKU NAK JADI MAKMUM YANG SETIA DIA BELAKANG DIA SEHINGGA DOA YANG TERAKHIR. Tapi sekuat itu kah aku sekiranya aku berada di tempat wanita dalam cerita itu?? Yang teguh berdiri di sini lelaki itu sehingga sesaat dia menemu ajalnya… Semoga aku jadi sekuat-kuat wanita dalam menempuh kehidupan aku kelak yang boleh dijadikan contoh dan tauladan pada ANAK-ANAK aku kelak… AMINNNNNNNN…..


No comments: