Thursday, August 4, 2011

honeymoon pendek

Sepatutnya aku buat powerpoint untuk mengajar esok, tp entah kenapa tangan ni gatal sangat nak menaip n3 baru untuk sesi luahan hati dan perasaan sementara hp buruk den tue tak berbunyi lagi baik aku taip cepat-cepat.
Nak mula dari mane ekk???
Ok start dari life daily la….

Sekolah???
Setakat ni mcm ni la, dah mula mesra dengan rakan-rakan sekerja. Walaupun aku sorang cekgu baru kat sekolah tue, tp aku rase sgt bersyukur. Mereka tak sombong (walaupun hakikatnya ada sesetengah tue sombong tahap dewa), aku masih boleh lagi untuk menserasikan diri di tempat yang baru. Berterima kasih sangat dengan housemate, yang sentiasa memberikan aku nasihat dan pandangan beliau terhadap sekolah tersebut. Hahahahaha so disebabkan beliau la aku rase mcm dah jadi cekgu paling otai kat sekolah tue….

Murid????
Kadang-kadang tue aku rase mcm terpaksa pasrah sajerk untuk pihak mereka. Mengapa???? Susah nak describe… ermmmmmmmmmm senang cakap no comment la…

Family di kampong…
Kelihatan mak dan abah serta adik bongsu ku sihat-sihat sajerk.. maklumla sibuk menjaga cucu-cucu dan anak buah yang baru lahir…

Buah hati saya a.k.a INCIK TUNANG
Semakin hari serius saya cakap saya semakin sayang awak. Tak tahu kenapa… saya tahu awak cume biasa-biasa sajerk… tp saya tak kesah, saya mmg suke lelaki yang boleh hidup dengan titik peluh sendiri. Whatever it is, I’m still behind u… semangat kamu untuk buat sesuatu yang indah itu sangat ketara sehingga menyebabkan saya rasa sangat gementar… sabtu lepas berdating tak ingat dunia… sajerk jerk gie mereleasekan kepala yang sedang serabut nie. Kiterang gie mane??? Kiterang gie PUTERI HABOUR… dekat dengan area kota iskandar… mula-mula ingat nak gie GUNUNG PULAI, tp rase mcm jauh lak… so cancel than bawak jerk kereta sampai bertembung dengan abang ipar beliau tanpa kiterang sedari… dah jalan tue punyer la jauh, baru kiterang decide “jom kite gie PUTERI HABOUR” destinas dah tahu nak ke mana… tp jalan nak ke sana tue kiterang tak tahu, mujur la hati ni tergerak nak ke KOTA ISKANDAR, so jalan dia sehalala nak ke PUTERI HABOUR tue… mesti korang tertanya2 kan aper sebenarnya tempat tue… puteri habour ni tempat pelabuhan kapal-kapal kecik, tak silap kapal sultan pun ada tau kat situ…. Serius mmg cantik, tetiba rase mcm kat LANGKAWI lak… ape lagi, aku ngan INCIK TUNANG pun bergambar la… terasa tenang jerk biler tgk burung-burung, cuaca pun sgt baik mase tue… before balik tue sempat lah jugak cakap ngan INCIK TUNANG, “nanti kiter dtg sini lagi ekk bang… best, org tak ramai.. rase tenang jer…” INCIK TUNANG senyum jerk kemudian dia sambung membebel pasal rancangan aku nak gie bercuti hujung tahun nie… hehehehehehe

No comments: