Friday, February 12, 2010

teacher~~~haini~~~



~~~GOoD moRNinG TeaCHEr~~~
Terasa malam ini aku nak upload entri aku yang dah lame sangat tak di update. Kenape ekk??? Buzy kah menjadi cikgu??? Bukan begitu, aku cume tak tau nak tulis ape kat sini dan kini aku lebih suka membaca blog orang lain. So untuk malam ni aku terasa nak cerita pasal “KEHIDUPAN SEORANG GURU”… dulu mase aku pelajar kena beratur kat kawasan perhimpunan, berdiri lama-lama. Aku selalu cakap, bestnye jadi cikgu, perhimpunan jerk bley duduk kat tempat teduh tue, kerusi empuk lak tue. Tak payah kena sport check.. tak ley pakai baju lecen lah, kain lecen lah, tak ley pakai kasut ada line puteh la, tudung kena lipat lah, kena letak pin la… aiiii banyaknyer peraturan yang kena ikut mase tue… homework jangan cakaplah banyak tak terkira. Hari-hari tido lambat, dah la tue tak ley on lampu… wat keje sekolah pakai lampu ‘koredor’ jerk… tapi tak pernah lah aku rase , kau membantah sikit pun cakap cikgu aku. Cakap homework banyak lah ape lah… buat jerk semua yang dia suroh…. Tapi skunk yang aku tengok skang, budak ada jerk yang tak puas hati bile cikgu bagi homework… diarang bukan tau tujuan cikgu bagi homework tue untuk ape?? (untuk aper ekk?? Untuk pelajar mahir sebenarnya tak payah nak membazir gie tuisyen luar ). Rase macam tak percaya bile waktu perhimpunan rasmi, aku sedang duduk di kerusi cikgu. Sebaris dengan cikgu-cikgu senior or cemerlang… mula-mula tue rase macam nak nanges pun ada, begitu pantas masa berlalu dulu aku sama macam budak-budak yang berdiri depan aku tapi skunk aku dah duduk di kerusi yang empuk, tak perlu berpanasan, tak perlu di sport check, ley buat ape jerk…. Dulu aku sayang kat cikgu-cikgu aku, tapi kini giliran aku pula untuk anak-anak murid aku menyayangi aku… dulu aku rase setiap kali jumpa cikgu kena hormat bagi salam or say GOOD MORNING TEACHER, kini telah menjadi giliran aku pula untuk menjawab salam dari mereka… semuanya pantas berlalu, rasenya baru semalam aku masuk ke dunia sekolah tapi hari ini aku telah menjadi seorang pendidik walaupun hanya sekadar praktikum sahaja tapi title cikgu telah aku jawatinya….
“Tuhan, Engkau permudahkan la aku untuk menyampaikan segala ilmu kepada anak-anak murid ku…sayangi lah mereka seperti mana aku menyayangi mereka… sesungguhnya telah menjadi tanggungjawab aku untuk masa ini memberikan mereka ilmu seperti mana guru-guru ku dahulu berjuang membentuk diri ku yang kini…. Aminnnnnn”
 
kena jaga budak-budak kawad kaki.... bawak payung tue kat padang


hehehehehehe jaga kulit beb~~~~ hahahaha

No comments: